Search Faster With Google Search

Custom Search

Tuesday, December 11, 2012

HB LOW KETIKA HAMIL..ANTARA KOPI, TEH & MILO

Sampai sekarang HB ku belum sampai tahap normal lagi.. masih low.. last chek up kat doktor baru ni 10.3 shj... seeloknya lebih dari 11.00........ 
Now dah 30 minggu dah. Sekarang ni aku nekad nak tahan diri dr minum kopi atau teh atau milo sbb minuman2 ni mmg xsesuai.. nurse kata potong ubat atau dalam bahasa mudahnya ganggu penyerapan zat dr ubat.. Minum susu jela sekarang ni yang penting hb ku naik sampai normal. Iberet mmg dah makan 2 biji sehari... sapa2 yg hb low boleh cuba iberet folic mmg berkesan untuk naikkan hb. Harga sebiji RM1.00.hehe. Sekotak ada 30 biji=RM30.00. Ni harga kat tempat aku, kat tempat lain xtau la tapi lebih kurang camtu la harga.. Aku tau iberet ni elok sbb aku pernah makan masa mengandung kat shahputra dulu. Memang naik hb.. Nak harapkan makan kerang, hati dan macam2 lagi hari2 pun xnaik masa tu..huhu sampai hati lembu pun aku kena makan...erk. 
Antara ubat-ubat yang aku pernah makan Obimin, Softgel antenatal dan Iberet folic.. Yg terbaik untuk aku Iberet la dan harga pun yg terbaik jugak... :p Softgel aku xsempat nak cuba dua biji sbb bila test makan dua biji pening kepala pulak terpaksa stop.. Apepun aku harap hb aku naik lagi pasni risau jugak due dah dekat...
p/s: gambar kat bawah ni aku google je... 

Iberet yang aku tengah makan sekarang.:)



DoNe!!!

Friday, November 23, 2012

Dah Setahun Kedaiku?? ..^-^

Macam tak percaya!! Pada 20 November 2012 genaplah setahun bisnes online ku. Gembira, terharu, teruja semua ada walaupun bisnes biasa-biasa saja...:p Tak sangka mampu bertahan sampai sekarang.. walaupun bulan-bulan pertama berniaga macam chipsmore je... Seriously banyak lagi ilmu nak kena belajar. farishahfashion bermula dengan blog (http://farishahfashion.blogspot.com/) yang menjual bundle kanak-kanak gred A dari jepun.. untung ada yang sponsor.:) seterusnya mula masuk produk-produk lain termasuklah barangan bayi, makanan kesihatan dan pelbagai lagi. Lepas 3 bulan baru start buat FB page (http://www.facebook.com/farishahfashionpage), alhamdulillah ada sambutan... Betulla 9/10 sumber rezeki datangnya dari perniagaan. Yang penting kita berusaha, berdoa dan bertawakal.. Jangan lupa bersedekah jugak. Pengalaman yang aku dapat selama ni sangat bernilai, xmungkin bole ditukar dengan wang ringgit.. kadang-kadang untung kadang-kadang rugi semua tu kena hadapi dengan dengan tabah... Pedulikan cakap-cakap orang yang tak habis-habis nak menilai. grrr... Yang penting antara kita dengan Allah juga nawaitu kita. Aku yakin Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk hambaNya. Kerja apa pun takda yang senang.. semuanya kena usaha. Tak sabar nak tunggu kelahiran anak yg kedua ni lepas tu pulun bisnes lagi...hehehe. 

Pada yang belum singgah kedaiku jemputlah singgah ye..:) 




DoNe!!!

Tuesday, November 6, 2012

Flowers_Cameron..:)

wah dah bersesawang blog nih!! maklumlah sibuk berbisnes.. jgn ingat bisnes online xpenat.. penat woo... skrg aku tengah pregnant 2nd baby.. actually 3rd.. yg kedua hari tu xda rezeki nak wat camna kan. skrg dah 6 bulan dah.^_^ happy sgt.. syukur alhamdulillah. xtau lg baby boy or girl.. si sulung shah putra pulak makin bijak pandai dah nak masuk 4 thn dah dia... Gambar2 ni masa pi cameron.. geram je tengok bunga2 tp kalo bw balik rumah belum tentu nak hidup fresh camtu..hmm


Cantik kan..






DoNe!!!

Thursday, February 2, 2012

"FrIeNdShIp GiVeAwAy - until 14 Feb 2012"

Jom join Friendship Contest! ^__^


Para ibu meh join..:)

DoNe!!!

Friday, January 27, 2012

~2nd Anniversary Giveaway by DAS~

Nak join klik banner bwh ni je..^_^



Sangat Comel..:)
Sah sehingga sehingga 31 Januari 2012 jam 12 tgh malam
DoNe!!!

^FIRST GIVEAWAY BY ONITSUKAHANA^



NAK JOIN KLIK BANNER DI ATAS YE...
WARNA KESUKAAN UTK HADIAH...HIJAU LUMUT!!! ^_^
LAST 31/1/12.
DoNe!!!

Tuesday, January 24, 2012

GA Blogshopku:

CONTEST "ADD&SHARE" DI FB FARISHAHFASHION...


Ni contest pertama blogshopku... hadiahnya bernilai hampir RM50..tu xmasuk saguhati lagi..

Monday, January 9, 2012

Suritera: 1st Giveaway!

Nak join klik gambar bawah ni...

Suritera


Tamat: 14 Januari 2012

Owner blog xsuruh tag sesape pun
Saja nak tag Fisa...hihi ^-^

Hadiahnya....




Sekali pandang nampak sama je.. Tapi berbeza tau..^v^

Okey siap!

Saturday, January 7, 2012

Cheritera Hati First Giveaway!

Meh Join Giveaway...^_^
Nak Join Klik Gambar Di Bawah Ye...


Untuk GA Ni Nak Tag:-

Hadiah best2 jugak!
^_^

Siap!

"Contest Blog Paling Comel"

Hari ni nak join contest ni pulak! Dah lama kena tag akhirnya sempat gak join...^_^. tq dieyna..
Nak join klik je gambar kat bawah ni... mudah je...



Comel ke...hihihi
Yg penting dah join..

Dan mangsa yg kena tag adalah jeng jeng...
2. Fisa

Tarikh tutup: 9 Januari 2012

Wednesday, January 4, 2012

TOTE BOUTIQUE GIVEAWAY


NI LINK KE GA BLOG TOTE BOUTIQUE:

Last minute join!
Done ^v^

Join GA Cupcakes!

Skrg nak join GA ni pulak sebab sgt suka cupcakes.. Sesapa nak join klik sini:


Tarikh tutup: 15 Januari 2012.
Dah Siap!
Simple But Cute...^v^

Review Buku: Hadiah Buat Muslimah..Panduan asas fiqah wanita.

Ni lagi satu buku yang aku nak share... Buku ni karya Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan Ida Ezyani Othman. Masa beli buku ni harganya RM30 shj. Sebenarnya buku ni hadiah besday dari suami..tapi aku pilih sendiri..hehe. Best baca buku ni, byk ilmu2 asas yang kadang2 wanita lupa..dalam buku juga ada ilustrasi yang memudahkan kita lebih faham. Memang sesuai utk wat koleksi kat rumah dan sumber rujukan untuk wanita... Bagi aku sebagai seorang wanita memang aku suka buku ni..tengok warna pun dah pink. Kat dalam banyak ilmu sambil enjoy tengok gambar dan fakta menarik... So, buat semua wanita..mesti beli buku ni.^v^
Aku bukan jual pun.. bukan nak promote..cuma nak kongsi apa yang aku suka...^v^

Tuesday, January 3, 2012

"Mega Giveaway By Cik Bunny"

Hari ni nak join contest Cik Bunny pulak.. hadiah2 menarik hati..hehe


 Ni link sponsor2 hadiah.. kalo dapat salah satu sukenyee..:) dah follow n like..semua blog n page sgt best.. meh jenguk meh.

^CIK BUNNY: BLOG/FANPAGE^
^AMIR NAWAWI: BLOG/FANPAGE^
^AMELY AFANDI: BLOG^
^MIRA MIRAIE: BLOG^
^SHAWLS GALLERY: BLOG/FANPAGE^
^HERBA TIHARA: BLOG^
^ATIENABILA: BLOG^
^IKA: BLOG/FANPAGE^
^KEDAI KASPERSKY ONLINE (KKO): BLOG/FANPAGE^

Nak tag:
Dieyna
Sebab rajin join contest..:p
Sesapa lagi nak join pun bole..Sila-sila...:)

Okey dah siap! ^_^  

Sunday, January 1, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012!


Selamat tahun baru buat semua...Ceria-ceria selalu...^v^

Nukilan: Cahaya Yg Jelas..^v^

Tuesday, December 27, 2011

THE LADIES PHOTOGRAPHER GIVEAWAY

Tetiba rasa nak join gak contest giveaway ni nih sebab hadiahnya menarik minatku..:p

Mula-mula...

1 -Aku dah buat tajuk THE LADIES PHOTOGRAPHER GIVEAWAY 

2 -Dah tempek gambar banner dan link ke entry contest



2 -Dah Like Fan Page TLP di facebook      http://www.facebook.com/theladiesphotographer dan dah jadi follower di blog owner.

3 -Dah Like Fan Page Danita Maternity Store http://www.facebook.com/Danitamaternitystore (penaja hadiah) 

3 -Dah tag 5 org kawan blogger (lebih ke kurang pun leh:P)
   Mangsa-mangsaku..:p dalam erti kata lain ku relakan diriku di tag semula.

4 -Dah letak link entri ni di sini.

5 -Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 January 2012. Banyak lagi masa..^v^

Dah siap! Tunggu hadiah je pengumuman pemenang bertuah je..hehe

Thursday, December 22, 2011

Andai Itu Takdirnya..Redhalah.


Pernah x rasa sangat xbermaya, putus asa, lemah xberdaya dan rasa sangat malas nak teruskan kehidupan.. Pernah x rasa saat2 negatif dalam hidup...pasti pernah kan.
Kadang-kadang kisah yang kita lalui terasa amat menyeksakan sampai kita rasa xmampu lagi nak lalui.. Rasa penat jadi budak baik..Rasa lantakla kan...
Lalu keputusan yang kita buat telah membuat sikap negatif kita menguasai diri... kita mula buat ikut suka hati je. Kerana kita dah cukup terluka.. Tapi betulke apa yang kita buat tu?
Aku percaya walau seburuk mana pun sikap seseorang, apapun keadaan fizikalnya, berapapun hartanya, segah manapun penampilannya.. aku percaya pasti ada sifat baik jauh di sudut hatinya. Cuma sifat baik digunakan @ tak...  atau dibiarkan terperuk je sampai lupa dah macam mana nak buat baik.
Ada satu kisah yang aku dengar di tv yang amat terkesan di hati... lebih kurang begini:

Seorang wanita cuba mencari ilmu sihir untuk menundukkn suaminya..ini kerana dia dah rasa cukup terluka dengan sikap suaminya..Dia mahu suaminya mengikut segala kata2nya. Lalu dia jumpa tukang sihir untuk belajar ilmu sihir... Sesungguhnya sihir itu dilarang oleh Allah swt. Tapi wanita ni xpikir dah semua tu sebab dah putus asa... Bila dia jumpa tukang sihir.. tukang sihir tu xnak mengajar dia sebab katanya susah ilmu ni...berat..banyak dugaan.. dia xyakin wanita td mampu bertahan. Tapi wanita itu nak jugak.. Lalu lelaki tu suruh wanita tu pegi buang air kecil dekat api di suatu tempat berhampiran. Wanita tu pegi..
Tapi kerana takut wanita tu xbuang air. Dia patah balik dan bagitau yag dia dah buat apa yang disuruh. Lelaki tu tanya "Apa yang kamu nampak?". Wanita menjawab "Xda pa2". Lalu lelaki tu jawab "Sesungguhnya kamu tipu..pegi buat apa yang aku suruh..".
Kemudian wanita tu pun pegi lagi. Benda yang sama juga terjadi, dia xbuat apa yang disuruh. Lalu lelaki tu suruh dia buat lagi.. Akhirnya wanita tu buat apa yang disuruh.. Lalu dia kembali ke lelaki td. Lelaki bertanya "Apa yang kamu nampak lepas kamu buang air di situ?". Wanita menjawab "Saya nampak seorang lelaki yang gagah perkasa dengan wajah yang amat kecewa keluar dari api itu dan berlalu pergi.". Wanita itu bertanya lagi "Apa yang aku lihat itu?". Maka lelaki itu jawab " Itu adalah IMAN kamu.. sesungguhnya ia telah keluar dari diri kamu..."

Bayangkan iman keluar pegi dari diri kita dengan wajah yang kecewa... Mampukah iman itu kembali. Andai diri hilang imannya..apa lagi yang tinggal.. Berusahalah perbaiki diri..jangan putus asa. Yang penting kena berusaha, mulakan langkah ke arah kebaikan. Ingatlah Allah sentiasa bersama kita. Alangkah indah kalau kita dapat betul2 faham yang Allah sentiasa melindungi kita. Ujian dan dugaan itu tanda Allah sayangkan kita. Bertuahnya kan...:)

Nukilan Dari:
Ibu Shah Putra..^v^

Tuesday, December 20, 2011

Online shop ku...^v^


Kini aku cuba-cuba buka kedai..^o^ harap-harap makin murah rezeki kami sekeluarga.. niatku hanya nak membantu suamiku.. lagipun perniagaan kan salah satu sunnah rasulullah saw. Online shop aku ni baru lagi so banyak lagi kekurangan... insyaAllah dari semasa ke semasa aku akan sentiasa update.. Kat farishahfashion ni aku jual pakaian@baju(coz kebanyakannya baju) kanak-kanak terpakai@preloved atau bahasa mudahnya kid's bundle la... Aku jual murah je walaupun baju-baju bundle ni kategori gred A. Kiranya memang selesa la untuk anak-anak.. Budak-budak cepat berpeluh, lebih sesuai pakai fabrik kapas yang selesa menyerap peluh. Hero kecik aku pun pakai...memang selesa la tengok dia pakai... So kawan-kawan, sedara-sedara, sesape je yang kenal aku or xkenal or baru nak kenal.. meh la support aku..(like ke, share ke, kalo order lagi bagus..hehe.Tapi kalo dah baca ni pun aku ucapkan banyak2 terima kasih..thanks.^v^) Aku percaya niat yang baik pasti dapat balasan yang baik. Semoga bisnes farishahfashion success...AMIN.

Link kedai aku..  www.farishahfashion.blogspot.com

Sunday, October 2, 2011

Kenangan di kampungku

Sesekali balik kampung memang seronok... maklumla bila dah ada family sendiri kena utamakan suami dan anak. Tapi kat mana pun aku pegi, kampunglah tempat terbaik... kerana kat situlah tempatku membesar... tempat mula kenal dunia. Tempat yang sentiasa ada mak dan arwah bapa disisi. Sungguh indah...

Masa balik kampung seronok tengok pemandangan sekeliling rumah. Sesekali aku tangkap gambar wat kenangan. Banyak juga yang menarik bagiku. Antaranya pokok-pokok yang mak aku tanam. Serai, cili, ulam raja, pokok putat dan mcm2 lagi. Tau tak pokok putat? Pucuk putat ni yang org wat ulam-ulaman tu. Tapi yang aku nak share adalah bunganya. Nilah dia bunganya... Aku amik gambar ni pun sebab tgk juntaian bunga cam kiut sgt..unik. Lagipun pokok rendah je so bolela amik untuk amatur camerawoman cam aku nih.:p  Tengoklah gambar-gambar kat bawah ni. Kalo nampak satu pokok yang ala-ala payung tu la pokok palas.  Pokok palas yang digunakan untuk wat ketupat palas. Seronok kat kampung mcm2 ada..^v^

Bunga terjuntai
Unik
Pokok Putat
Nice view
Pokok palas

Bunga jejarum
Pokok serai mak yang baru nak membesar.

Ni jela yang sempat aku share. Jumpa lagi...!

By Mrs.Iskandar ^v^

Thursday, September 22, 2011

Baby..baby..baby...(Hargai yang ada di depan mata)

Sejak akhir-akhir ni kat mana-mana aku pegi pun asyik nampak baby je... time ni rasa ramai sangat yang mengandung dan melahirkan... kawan2,sedara mara... adoi dugaan betul... aku pasti setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Aku bersyukur dan bahagia sangat dengan perjalanan hidupku... Bagiku semuanya indah dan penuh hikmah.

Biar apa musibah yg berlaku, jgn kita salahkan takdir atau sesapa pun. Percayalah tuhan dah merancang perjalanan hidup yang terbaik untuk kita. Hargailah apa yang kita ada sekarang...Jangan sampai apa yang ada depan mata hilang baru kita nak menyesal....

Lumrah kehidupan manusia tak pernah puas dengan apa yang ada. Ia ada baik dan buruknya..baiknya bila kita sentiasa berusaha untuk mendapat apa yg kita nak... cuma ia jd buruk bila kita lupakan apa yang kita ada. Betulla kata org, "rumput rumah sebelah nampak lagi hijau dari rumput rumah sendiri.." kenapa?? kerana.. kita lupa apa yang tuhan dah bagi kat kita...bersyukurlah... hargailah insan sekeliling kita.

Cuba pandang insan tersayang sekeliling kita bila dia tengah tido.. time tido kita boleh lihat wajah paling jujur seseorang. Muhasabahlah diri kita tentang kelakuan dan layanan kita terhadap mereka. Perbaiki diri jika kita melakukan kesilapan. Maafkanlah jika ada yang bersalah dengan kita... tak perlu berdendam.Kerana dendam akan hanya membuatkan kita makin derita kerana hati kita sentiasa tak tenang.

Bagi aku dugaan yang menimpa menunjukkan Allah sayangkan kita. Aku selalu mengingatkan diri supaya jangan lupa diri! Bila kita susah dan derita jangan lupa ada insan yang lebih derita dari kita.. dan bila kita senang dan bahagia ingatlah waktu susah kita. Jangan lupa.:)