Search Faster With Google Search

Custom Search

Thursday, September 22, 2011

Baby..baby..baby...(Hargai yang ada di depan mata)

Sejak akhir-akhir ni kat mana-mana aku pegi pun asyik nampak baby je... time ni rasa ramai sangat yang mengandung dan melahirkan... kawan2,sedara mara... adoi dugaan betul... aku pasti setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Aku bersyukur dan bahagia sangat dengan perjalanan hidupku... Bagiku semuanya indah dan penuh hikmah.

Biar apa musibah yg berlaku, jgn kita salahkan takdir atau sesapa pun. Percayalah tuhan dah merancang perjalanan hidup yang terbaik untuk kita. Hargailah apa yang kita ada sekarang...Jangan sampai apa yang ada depan mata hilang baru kita nak menyesal....

Lumrah kehidupan manusia tak pernah puas dengan apa yang ada. Ia ada baik dan buruknya..baiknya bila kita sentiasa berusaha untuk mendapat apa yg kita nak... cuma ia jd buruk bila kita lupakan apa yang kita ada. Betulla kata org, "rumput rumah sebelah nampak lagi hijau dari rumput rumah sendiri.." kenapa?? kerana.. kita lupa apa yang tuhan dah bagi kat kita...bersyukurlah... hargailah insan sekeliling kita.

Cuba pandang insan tersayang sekeliling kita bila dia tengah tido.. time tido kita boleh lihat wajah paling jujur seseorang. Muhasabahlah diri kita tentang kelakuan dan layanan kita terhadap mereka. Perbaiki diri jika kita melakukan kesilapan. Maafkanlah jika ada yang bersalah dengan kita... tak perlu berdendam.Kerana dendam akan hanya membuatkan kita makin derita kerana hati kita sentiasa tak tenang.

Bagi aku dugaan yang menimpa menunjukkan Allah sayangkan kita. Aku selalu mengingatkan diri supaya jangan lupa diri! Bila kita susah dan derita jangan lupa ada insan yang lebih derita dari kita.. dan bila kita senang dan bahagia ingatlah waktu susah kita. Jangan lupa.:)

No comments:

Post a Comment