Search Faster With Google Search

Custom Search

Sunday, October 2, 2011

Kenangan di kampungku

Sesekali balik kampung memang seronok... maklumla bila dah ada family sendiri kena utamakan suami dan anak. Tapi kat mana pun aku pegi, kampunglah tempat terbaik... kerana kat situlah tempatku membesar... tempat mula kenal dunia. Tempat yang sentiasa ada mak dan arwah bapa disisi. Sungguh indah...

Masa balik kampung seronok tengok pemandangan sekeliling rumah. Sesekali aku tangkap gambar wat kenangan. Banyak juga yang menarik bagiku. Antaranya pokok-pokok yang mak aku tanam. Serai, cili, ulam raja, pokok putat dan mcm2 lagi. Tau tak pokok putat? Pucuk putat ni yang org wat ulam-ulaman tu. Tapi yang aku nak share adalah bunganya. Nilah dia bunganya... Aku amik gambar ni pun sebab tgk juntaian bunga cam kiut sgt..unik. Lagipun pokok rendah je so bolela amik untuk amatur camerawoman cam aku nih.:p  Tengoklah gambar-gambar kat bawah ni. Kalo nampak satu pokok yang ala-ala payung tu la pokok palas.  Pokok palas yang digunakan untuk wat ketupat palas. Seronok kat kampung mcm2 ada..^v^

Bunga terjuntai
Unik
Pokok Putat
Nice view
Pokok palas

Bunga jejarum
Pokok serai mak yang baru nak membesar.

Ni jela yang sempat aku share. Jumpa lagi...!

By Mrs.Iskandar ^v^