Macam tak percaya!! Pada 20 November 2012 genaplah setahun bisnes online ku. Gembira, terharu, teruja semua ada walaupun bisnes biasa-biasa saja...:p Tak sangka mampu bertahan sampai sekarang.. walaupun bulan-bulan pertama berniaga macam chipsmore je... Seriously banyak lagi ilmu nak kena belajar. farishahfashion bermula dengan blog (http://farishahfashion.blogspot.com/) yang menjual bundle kanak-kanak gred A dari jepun.. untung ada yang sponsor.:) seterusnya mula masuk produk-produk lain termasuklah barangan bayi, makanan kesihatan dan pelbagai lagi. Lepas 3 bulan baru start buat FB page (http://www.facebook.com/farishahfashionpage), alhamdulillah ada sambutan... Betulla 9/10 sumber rezeki datangnya dari perniagaan. Yang penting kita berusaha, berdoa dan bertawakal.. Jangan lupa bersedekah jugak. Pengalaman yang aku dapat selama ni sangat bernilai, xmungkin bole ditukar dengan wang ringgit.. kadang-kadang untung kadang-kadang rugi semua tu kena hadapi dengan dengan tabah... Pedulikan cakap-cakap orang yang tak habis-habis nak menilai. grrr... Yang penting antara kita dengan Allah juga nawaitu kita. Aku yakin Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk hambaNya. Kerja apa pun takda yang senang.. semuanya kena usaha. Tak sabar nak tunggu kelahiran anak yg kedua ni lepas tu pulun bisnes lagi...hehehe.
Pada yang belum singgah kedaiku jemputlah singgah ye..:)
DoNe!!!
Search Faster With Google Search
Custom Search
Showing posts with label Online Shop. Show all posts
Showing posts with label Online Shop. Show all posts
Friday, November 23, 2012
Tuesday, January 24, 2012
GA Blogshopku:
CONTEST "ADD&SHARE" DI FB FARISHAHFASHION...
Ni contest pertama blogshopku... hadiahnya bernilai hampir RM50..tu xmasuk saguhati lagi..
Tuesday, December 20, 2011
Online shop ku...^v^
Kini aku cuba-cuba buka kedai..^o^ harap-harap makin murah rezeki kami sekeluarga.. niatku hanya nak membantu suamiku.. lagipun perniagaan kan salah satu sunnah rasulullah saw. Online shop aku ni baru lagi so banyak lagi kekurangan... insyaAllah dari semasa ke semasa aku akan sentiasa update.. Kat farishahfashion ni aku jual pakaian@baju(coz kebanyakannya baju) kanak-kanak terpakai@preloved atau bahasa mudahnya kid's bundle la... Aku jual murah je walaupun baju-baju bundle ni kategori gred A. Kiranya memang selesa la untuk anak-anak.. Budak-budak cepat berpeluh, lebih sesuai pakai fabrik kapas yang selesa menyerap peluh. Hero kecik aku pun pakai...memang selesa la tengok dia pakai... So kawan-kawan, sedara-sedara, sesape je yang kenal aku or xkenal or baru nak kenal.. meh la support aku..(like ke, share ke, kalo order lagi bagus..hehe.Tapi kalo dah baca ni pun aku ucapkan banyak2 terima kasih..thanks.^v^) Aku percaya niat yang baik pasti dapat balasan yang baik. Semoga bisnes farishahfashion success...AMIN.
Link kedai aku.. www.farishahfashion.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)
