Search Faster With Google Search

Custom Search

Friday, November 23, 2012

Dah Setahun Kedaiku?? ..^-^

Macam tak percaya!! Pada 20 November 2012 genaplah setahun bisnes online ku. Gembira, terharu, teruja semua ada walaupun bisnes biasa-biasa saja...:p Tak sangka mampu bertahan sampai sekarang.. walaupun bulan-bulan pertama berniaga macam chipsmore je... Seriously banyak lagi ilmu nak kena belajar. farishahfashion bermula dengan blog (http://farishahfashion.blogspot.com/) yang menjual bundle kanak-kanak gred A dari jepun.. untung ada yang sponsor.:) seterusnya mula masuk produk-produk lain termasuklah barangan bayi, makanan kesihatan dan pelbagai lagi. Lepas 3 bulan baru start buat FB page (http://www.facebook.com/farishahfashionpage), alhamdulillah ada sambutan... Betulla 9/10 sumber rezeki datangnya dari perniagaan. Yang penting kita berusaha, berdoa dan bertawakal.. Jangan lupa bersedekah jugak. Pengalaman yang aku dapat selama ni sangat bernilai, xmungkin bole ditukar dengan wang ringgit.. kadang-kadang untung kadang-kadang rugi semua tu kena hadapi dengan dengan tabah... Pedulikan cakap-cakap orang yang tak habis-habis nak menilai. grrr... Yang penting antara kita dengan Allah juga nawaitu kita. Aku yakin Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk hambaNya. Kerja apa pun takda yang senang.. semuanya kena usaha. Tak sabar nak tunggu kelahiran anak yg kedua ni lepas tu pulun bisnes lagi...hehehe. 

Pada yang belum singgah kedaiku jemputlah singgah ye..:) 




DoNe!!!

No comments:

Post a Comment