Search Faster With Google Search

Custom Search

Wednesday, July 20, 2011

Kisah Aku Yang Cuai

Sunyi.. 

Rambang mata


Bila aku tgk gambar2 ni teringat satu peristiwa. Tujuan aku kongsi cerita just utk teladan buat ibu dan bapa kat luar sana. Sapa sangka apa yg akan terjadi pada diri kita. Aku sendiri xpernah terpikir sume ni akan berlaku walaupun mungkin xda pe2 sgt tapi kita kena sentiasa beringat.

Masa tu suami aku tinggalkan aku n anakku Putra dekat satu gerai ni.  Suamiku pegi snap picture kat area sekeliling. Aku lak sibuk dok pilih gelang sambil dukung Putra. Tiba2 dtg seorang makcik ni dr mana tah menuju ke arahku. Aku xtau makcik ni dtg dr mana coz xnampak pun sebelum ni. Makcik ni tanya pasal anak aku. Aku jawab jela.. sambil dia tanya, tangan dia cuba2 nak dukung anak aku.. Serius aku xnak bagi dia dukung.. Aku xkenal dia langsung. Dalam hati aku berbisik ”watpe nak bagi dia dukung, xkenal pun..makcik ni nak apa..watpe dia datang sini.”tapi aku jadi confius sangat. Makcik tu nampak baik. Aku serba salah. Sedar xsedar Putra dah ada dalam dukungan dia.. Ya Allah apa aku buat ni..:( Masa tu aku xingat dah ape lg yang makcik tu cakap. Tiba2 suamiku muncul n aku pun terus amik Putra balik. Makcik tu pun pegi camtu aje. Suami ku marah kan aku sebab senang je bagi orang pegang anak. Aku rasa blur je bila kena marah..rasa panik xtau nak wat ape. Bercampur baur perasaan masa tu.

On the way balik aku rasa sangat menyesal dengan apa yang terjadi. Bukan niatku nak buat semua tu. Aku mula terpikir apa niat makcik tu..samada mmg ikhlas nak beramah mesra atau ada udang di sebalik mee.. Apa yang pelik masa tu kawasan tu mmg xramai orang.. Penjaja pun sibuk ngan hal masing2. Makcik tu muncul dari jauh menuju ke arahku n anakku..semata-mata nak tegur aku?? Apa pun aku bersyukur kerana anakku selamat..mujur xberlaku perkara yang xdiingini. Betul atau salah, hakikatnya tuhan je yang tau. Yang penting sejak tu aku lebih berhati-hati. Tambahan sekarang banyak sgt taktik penculikan kanak2 yang ada. Gerun dan seram mendengarnya.. Ada yang diculik ketika ibu bapa sibuk membeli belah..dibotakkan kepala..ditukar pakaian. Pesananku jangan mudah percaya xkisahlah sebaik mana pun wajahnya. Alert dgn keadaan sekeliling. Pastikan anak sentiasa disisi kita.. Lindungilah anak-anakku ya Allah..amin.
^By Mrs. Iskandar^

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget