Search Faster With Google Search

Custom Search

Monday, July 18, 2011

Ingatan buat yang bergelar ibu

Bagi yang telah menjadi seorang ibu ataupun bakal ibu pasti memahami perasaan dan hati nurani seorang ibu yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Sejak lahir bermacam-macam kerenah anak yg dihadapi.. kecomelan, kenakalan, sifat ingin tahu dan berbagai lagi..

Para ibu di luar sana tak lupa juga para bapa ingatlah anak2 adalah tanggungjawab kita. Rezeki yang kita terima perlu kita kongsi bersama anak..itu sudah semestinya. Elakkan dari mengeluarkan perkataan yang negatif terhadap anak.Terutamanya bagi ibu.. kalo marah sangat pun jgn sampai kutuk anak sendiri..ingat kata2 itu adalah doa tambahan doa ibu amat mujarab. Rasanya ramai yang tahu namun kadang kita sendiri terlupa. Atau tersilap kata.. Sabarlah wahai ibu..

Perlakuan seorang ibu atau layanan terhadap anak juga memainkan peranan penting. Kita boleh lihat sendiri perbezaan anak yang selalu kena marah, anak yang terlalu dilindungi, atau anak yang tidak diberi perhatian… 

Satu kisah yang bole dijadikan contoh.. ada sepasang adik-beradik dari kecil tinggal bersama sebuah keluarga yang prihatin terhadap mereka. Sentiasa dilindungi..diberi cukup makan..ditegur bila melakukan kesilapan. Sesekali dimarahi supaya menjadi insan yang berguna. Dipukul jarang sekali.. Mereka amat ceria dan berani bersuara.. pendek kata mereka bahagia. Namun disebabkan masalah yang xdapat dielakkan mereka terpaksa berpindah tinggal bersama sebuah keluarga lain. Disana mereka sentiasa dimarahi. Dipukul serta kekurangan kasih sayang.. Makan ke..mandi ke... kadang dipedulikan kadang diabaikan.. kehidupan mereka tak terurus.. Selepas beberapa lama, mereka pulang ke pangkuan keluarga pertama tadi. Alangkah berbezanya tingkah laku mereka.. adik-beradik ini amat pendiam, pasif dan takut2... Mereka seolah-olah sedang menunggu hukuman bagai seorang pesalah. Bayangkan keadaan persekitaran amat mempengaruhi tingkah laku anak2...

Sedikit tips buat ibu-ibu:
-Tegas itu perlu namun jangan selalu. Mungkin anak kecil xmengerti apa2 namun dia tahu jika dimarahi. Anak kecil juga punya perasaan..Sesekali tunjukkan kasih sayang namun jgn berlebihan. Marahlah anak tapi pastikan dia tahu kenapa kita marah dan jgn sampai dia rasa langsung tak disayangi.
-Perlindungan itu perlu namun jangan terlalu.. biarkan anak meneroka, biarkan imaginasinya membina.. Bagi anak kecil sebuah bilik bagaikan sebuah istana.. Sekuntum bunga bagai sebuah taman..cubalah bawa anak meneroka pasti dia ceria. Jangan takut rumah bersepah. Jangan takut anak  terjatuh.. sambutlah dia.Kalo dia jatuh ajarlah untuk bangun.kalo dia xpernah jatuh mcmmana dia nak belajar bangun semula.
-Perhatian itu perlu, jangan sampai anak merayu.. kadang2 anak memberontak..meragam xtentu pasal. Semua itu kerana mereka inginkan perhatian.. luangkan sedikit masa untuk melayan kerenah anak2 atau bermain bersama.. berbual dengannya atau sekadar mengiyakan kata-katanya. Anak yang diberi perhatian akan lebih mendengar kata dan kurang memberontak, kerana mereka tahu mereka tidak akan diabaikan. Carilah masa untuk anak anda.

Komik: Jatuh bangun Shahputra                 

                   

Selamat berjaya!
^wroted by Mrs. Iskandar^

No comments:

Post a Comment