Search Faster With Google Search
Custom Search
Thursday, December 22, 2011
Andai Itu Takdirnya..Redhalah.
Pernah x rasa sangat xbermaya, putus asa, lemah xberdaya dan rasa sangat malas nak teruskan kehidupan.. Pernah x rasa saat2 negatif dalam hidup...pasti pernah kan.
Kadang-kadang kisah yang kita lalui terasa amat menyeksakan sampai kita rasa xmampu lagi nak lalui.. Rasa penat jadi budak baik..Rasa lantakla kan...
Lalu keputusan yang kita buat telah membuat sikap negatif kita menguasai diri... kita mula buat ikut suka hati je. Kerana kita dah cukup terluka.. Tapi betulke apa yang kita buat tu?
Aku percaya walau seburuk mana pun sikap seseorang, apapun keadaan fizikalnya, berapapun hartanya, segah manapun penampilannya.. aku percaya pasti ada sifat baik jauh di sudut hatinya. Cuma sifat baik digunakan @ tak... atau dibiarkan terperuk je sampai lupa dah macam mana nak buat baik.
Ada satu kisah yang aku dengar di tv yang amat terkesan di hati... lebih kurang begini:
Seorang wanita cuba mencari ilmu sihir untuk menundukkn suaminya..ini kerana dia dah rasa cukup terluka dengan sikap suaminya..Dia mahu suaminya mengikut segala kata2nya. Lalu dia jumpa tukang sihir untuk belajar ilmu sihir... Sesungguhnya sihir itu dilarang oleh Allah swt. Tapi wanita ni xpikir dah semua tu sebab dah putus asa... Bila dia jumpa tukang sihir.. tukang sihir tu xnak mengajar dia sebab katanya susah ilmu ni...berat..banyak dugaan.. dia xyakin wanita td mampu bertahan. Tapi wanita itu nak jugak.. Lalu lelaki tu suruh wanita tu pegi buang air kecil dekat api di suatu tempat berhampiran. Wanita tu pegi..
Tapi kerana takut wanita tu xbuang air. Dia patah balik dan bagitau yag dia dah buat apa yang disuruh. Lelaki tu tanya "Apa yang kamu nampak?". Wanita menjawab "Xda pa2". Lalu lelaki tu jawab "Sesungguhnya kamu tipu..pegi buat apa yang aku suruh..".
Kemudian wanita tu pun pegi lagi. Benda yang sama juga terjadi, dia xbuat apa yang disuruh. Lalu lelaki tu suruh dia buat lagi.. Akhirnya wanita tu buat apa yang disuruh.. Lalu dia kembali ke lelaki td. Lelaki bertanya "Apa yang kamu nampak lepas kamu buang air di situ?". Wanita menjawab "Saya nampak seorang lelaki yang gagah perkasa dengan wajah yang amat kecewa keluar dari api itu dan berlalu pergi.". Wanita itu bertanya lagi "Apa yang aku lihat itu?". Maka lelaki itu jawab " Itu adalah IMAN kamu.. sesungguhnya ia telah keluar dari diri kamu..."
Bayangkan iman keluar pegi dari diri kita dengan wajah yang kecewa... Mampukah iman itu kembali. Andai diri hilang imannya..apa lagi yang tinggal.. Berusahalah perbaiki diri..jangan putus asa. Yang penting kena berusaha, mulakan langkah ke arah kebaikan. Ingatlah Allah sentiasa bersama kita. Alangkah indah kalau kita dapat betul2 faham yang Allah sentiasa melindungi kita. Ujian dan dugaan itu tanda Allah sayangkan kita. Bertuahnya kan...:)
Nukilan Dari:
Ibu Shah Putra..^v^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
dah copy banner
ReplyDeleteSalam kenal..
ReplyDeletesaya follow..=)
dari RH
tq.. baru jenguk komen..:P
ReplyDelete