Search Faster With Google Search

Custom Search

Tuesday, December 11, 2012

HB LOW KETIKA HAMIL..ANTARA KOPI, TEH & MILO

Sampai sekarang HB ku belum sampai tahap normal lagi.. masih low.. last chek up kat doktor baru ni 10.3 shj... seeloknya lebih dari 11.00........ 
Now dah 30 minggu dah. Sekarang ni aku nekad nak tahan diri dr minum kopi atau teh atau milo sbb minuman2 ni mmg xsesuai.. nurse kata potong ubat atau dalam bahasa mudahnya ganggu penyerapan zat dr ubat.. Minum susu jela sekarang ni yang penting hb ku naik sampai normal. Iberet mmg dah makan 2 biji sehari... sapa2 yg hb low boleh cuba iberet folic mmg berkesan untuk naikkan hb. Harga sebiji RM1.00.hehe. Sekotak ada 30 biji=RM30.00. Ni harga kat tempat aku, kat tempat lain xtau la tapi lebih kurang camtu la harga.. Aku tau iberet ni elok sbb aku pernah makan masa mengandung kat shahputra dulu. Memang naik hb.. Nak harapkan makan kerang, hati dan macam2 lagi hari2 pun xnaik masa tu..huhu sampai hati lembu pun aku kena makan...erk. 
Antara ubat-ubat yang aku pernah makan Obimin, Softgel antenatal dan Iberet folic.. Yg terbaik untuk aku Iberet la dan harga pun yg terbaik jugak... :p Softgel aku xsempat nak cuba dua biji sbb bila test makan dua biji pening kepala pulak terpaksa stop.. Apepun aku harap hb aku naik lagi pasni risau jugak due dah dekat...
p/s: gambar kat bawah ni aku google je... 

Iberet yang aku tengah makan sekarang.:)



DoNe!!!

Friday, November 23, 2012

Dah Setahun Kedaiku?? ..^-^

Macam tak percaya!! Pada 20 November 2012 genaplah setahun bisnes online ku. Gembira, terharu, teruja semua ada walaupun bisnes biasa-biasa saja...:p Tak sangka mampu bertahan sampai sekarang.. walaupun bulan-bulan pertama berniaga macam chipsmore je... Seriously banyak lagi ilmu nak kena belajar. farishahfashion bermula dengan blog (http://farishahfashion.blogspot.com/) yang menjual bundle kanak-kanak gred A dari jepun.. untung ada yang sponsor.:) seterusnya mula masuk produk-produk lain termasuklah barangan bayi, makanan kesihatan dan pelbagai lagi. Lepas 3 bulan baru start buat FB page (http://www.facebook.com/farishahfashionpage), alhamdulillah ada sambutan... Betulla 9/10 sumber rezeki datangnya dari perniagaan. Yang penting kita berusaha, berdoa dan bertawakal.. Jangan lupa bersedekah jugak. Pengalaman yang aku dapat selama ni sangat bernilai, xmungkin bole ditukar dengan wang ringgit.. kadang-kadang untung kadang-kadang rugi semua tu kena hadapi dengan dengan tabah... Pedulikan cakap-cakap orang yang tak habis-habis nak menilai. grrr... Yang penting antara kita dengan Allah juga nawaitu kita. Aku yakin Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk hambaNya. Kerja apa pun takda yang senang.. semuanya kena usaha. Tak sabar nak tunggu kelahiran anak yg kedua ni lepas tu pulun bisnes lagi...hehehe. 

Pada yang belum singgah kedaiku jemputlah singgah ye..:) 




DoNe!!!

Tuesday, November 6, 2012

Flowers_Cameron..:)

wah dah bersesawang blog nih!! maklumlah sibuk berbisnes.. jgn ingat bisnes online xpenat.. penat woo... skrg aku tengah pregnant 2nd baby.. actually 3rd.. yg kedua hari tu xda rezeki nak wat camna kan. skrg dah 6 bulan dah.^_^ happy sgt.. syukur alhamdulillah. xtau lg baby boy or girl.. si sulung shah putra pulak makin bijak pandai dah nak masuk 4 thn dah dia... Gambar2 ni masa pi cameron.. geram je tengok bunga2 tp kalo bw balik rumah belum tentu nak hidup fresh camtu..hmm


Cantik kan..






DoNe!!!